//
archives

Archive for

10 tahun sudah berlalu…

Empat Ratus

Empat ratus, 400. Four hundred. Kau lihat askara 400 atau visual 400? Atau membayangkan 400 selirat wayar kekusutan. Atau cuma tempelan perkataan di tapak larian. Aku lihat aku tiada idea hahaha.

Sudah maghrib, jom mengaji

Sebulan sudah isteriku mengusahakan madrasah untuk anak-anak di taman yang kami diami ini. Madrasah itu rumah kami.Banyak kenangan manis yang terukir dengan indahnya di teratak kecil kami ini. Banyak kejadian lucu anak mengaji kami. Antaranya adalah kisah si Aiman yang bertaburan nasi di mulutnya walhal kami belumpun membaca doa makan. Kasihan, anak-anak ini lapar. Sedari … Teruskan membaca

Kota Marudu, tempat kami membeli-belah.

Di sini agak berbeza dengan semenanjung. Di Shah Alam, Tesco masih buka sehingga jam 12 tengah malam. Barangan di Kota Marudu ini cepat pula kehabisan stok. Aku dan isteri suka membeli buah-buahan di sini kerana sedap dan segar. Anak mengaji kami, memang suka buah-buahan segar, apatah lagi bila dibuat salad buah-buahan oleh ustazah kesayangan mereka. … Teruskan membaca

Kau yang selalu kusayang

Esok, hari ini, dan semalam. Aku cinta dikau sepenuh jiwa.. Dunia dan syurga. Selama-lamanya…

Gelombang Awan Nano

Sukarnya mendapat siaran television di sini. Teringat seperti di zaman 80-an, saat indah menikmati siaran TV walaupun visual dalam keadaaan samar-samar. Ditambah lagi dengan kekretifanku pada awal 90-an dengan meletakkan pita hitam di bahagian hujung atas dan bawah skrin TV untuk menghasilkan seolah-olah TV kami mempunyai paparan cinemascope!(Walhal paparan visualnya semakin mengecil) Penangan sarikata yang … Teruskan membaca

Ada damai di sana

Waktu gambar ini dirakamkan, aku masih di semenanjung Malaysia. Telah aku tinggalkan kerja kapitalis, caca merba dunia. Kini, aku hanya fokuskan kepada pembentukan diri, isteri dan juga fotografi. Biarlah aku tak berduit ketika ini. Aku bahagia kerana ada damai di sini, damai di dalam hati. Insyaalah aku dan isteri akan pulang juga ke sana nanti.

Kasut lusuh, jangan kau perkecilkan!

Satu tika dulu ia amat bertenaga. Ya, kini tinggal memori basi. Ia tidak pernah memperkecilkan atau mempersoalkan kasut baru. Hargai kasut lusuh ini, sebelum ia diam pergi seribu bahasa.

Bermalam di Kota Kinabalu

Sudah sebulan lebih kutinggalkan hiruk pikuk Kuala Lumpur. Ya, segalanya indah! Berlaku dengan mudah. Minggu kerja aku di XXXX, melaksanakan kerja sebagai jurnalis sambilan serta mengambil tempahan fotografi.┬áDi Kota Kinabalu ini pula merupakan tempat percutianku di hujung minggu. (Anak-anak buahku di Taman Rekreasi ‘Musical Fountain’ di Kota Kinabalu.)

Hello world!

Welcome to WordPress.com. After you read this, you should delete and write your own post, with a new title above. Or hit Add New on the left (of the admin dashboard) to start a fresh post. Here are some suggestions for your first post. You can find new ideas for what to blog about by … Teruskan membaca